14 November 2009

PETUA, ORANG TUA-TUA



TEKNIK MENURUNKAN BERAT BADAN

Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.

Caranya :
Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah limau tadi ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.
Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan.

Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
.....kan dah kata kurus sikit le...kan..kan...
baru orang minat.....???


___________________________________





02 November 2009

KEPIMPINAN & ORGANISASI




Seorang pemimpin tidak semestinya hanya seorang Pengarah ataupun seseorang yang memegang jawatan tertinggi dalam organisasi. Tetapi mereka yang mampu mempengaruhi organisasi ke arah pencapaian matlamat juga boleh diklasifikasikan sebagai pemimpin berasaskan kemampuan memimpin menggunakan kebijaksanaan, kemahiran, pengalaman, tahap senioriti dan sebagainya.
Kepimpinan memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Teori Kepimpinan Laluan Matlamat (Path Goal Theory) yang diperkenalkan oleh Robert House mencadangkan bahawa tingkah laku pemimpin seharusnya dilihat sebagai suatu tindakan yang boleh memotivasikan pekerja.

30 August 2009

KELEBIHAN TAHJUD ( Solat Malam )




KELEBIHAN TAHJUD

Ada sembilan kelebihan mereka yang bertahjud (solat malam):
lima akan di balas di dunia, manakala empat di balas di akhirat.
Ada 5 Balasan di dunia
(1.) Allah akan selamatkan mereka dari malapetaka dan bencana
(2.) Berkat akan nampak ke atas wajahnya
(3.) Di sukai oleh hamba-hamba Allah di dunia
(4.) Percakapan dan ucapannya akan penuh hikmah
(5.) Di jadikan Allah orang yang bijaksana( org berilmu)Seterusnya akan mendapat ganjaran di akhirat

Manakala balasan di akhirat ada 4 balasan.
(1.) Akan di pimpin dari kubur dgn wajah berseri-seri
(2.) Diringankan perhitungannya/ hisabnya
(3.) Di permudahkan oleh Allah di titian siratal-mustakim
(4.) Menerima catatnnya dari tangan Kanan

Moga-moga sentiasalah bertahjud dan jadikanlah amalan ini sebagai amalan harian tuan/puan
.Untuk kesihatan tuan/puan sila kesini.. KLIK.

27 August 2009

KHASIAT DAUN KARI








KHASIAT DAUN KARI DAN KEGUNAANYA DALAM MASAKAN
Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan india.Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masaalah penghadaman.Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif(julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit.Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan.Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis.jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes.Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa.Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.
Hasil kajian mendapati Daun kari mengandungi:
66.3% kelembapan
6.1% protein
1.0% lemak
16.0% karbohidrat
6.4% fiberMineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus,zat besi,asid nikotinik dan vitamin C.
Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.
..

KHASIAT MINYAK KELAPA DARA





KHASIAT MINYAK KELAPA DARA

· Manfaat Minyak Kelapa Dara terhadap kesihatan manusia :-Kecantikan luaran:• Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.• Menghasilkan tenaga segera.• Jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi, mencegah garis-garis halus.• Mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatitis.• Melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet.• Mengurangkan masalah rambut gugur dan kelemumur.Kesihatan dalaman:• Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.• Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino.• Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis.• Mengurangkan stress pada pancreas dan sistem – sistem enzim dalam tubuh.• Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat. Ia juga melindungi diri dari serangan osteoprosis.• Mencegah risiko sakit jantung.• Mencegah atherosclerosis dan stroke serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi.Meningkatkan daya tahan tubuh:• Membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh, melindungi tubuh dari kanser payudara, kanser colon dan kanser rahim.• Berfungsi sebagai antioksidan, mengurangkan radang kronis.• Melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif.• Meredakan gejala-gejala yang dihubungkan dengan pembesaran prostate• Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing.• Membantu mencegah sakit liver dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak-lemak yang lain.Membunuh virus, bakteria dan kulat.• Membunuh virus (yang menyebabkan mononucleosis, influenza, hepatitis C, cacar air dan herpes) bakteria (yang menyebabkan pneumonia, sakit telinga, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, meningitis dan gonorrhea) kulat (yang menyebabkan candida, jock itch, kadas dan infeksi yang lain) serta membunuh cacing pita, lice, giardia, dan parasit.
· Hubungan suami isteri.• Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang (elastik).• Memperbaiki kandungan asid dalam rahim dan bertindak sebagai agen pelincir alami (natural).• Membunuh kulat, bakteria dan virus atau sakit kulit pada kemaluan(keputihan).• Amat baik bagi mengatasi masalah monopos wanita.

Minyak kelapa dara yang kami hasil ini tiada langsung bahan campuran . ia 100% minyak yang kami hasilkan malaui pemeraman santan kelapa.

Untuk Tempahan maklumat lanjut ( syida: 019-9327913 ) atau e-mail : dzulkk@yahoo.com

Harga : 330 ml = RM38.00 Tidak termasuk harga pos

..

02 June 2009

ADAKAH ANDA BEGINI ?



KENAPA STRESS

Stress boleh dilihat sebagai desakan atau tekanan yang dihadapi oleh individu berikutan peristiwa yang berlaku padanya (Selye, 1976). Tekanan ini memerlukan seseorang untuk menyeimbangkan tuntutan perubahan dengan keupayaan yang ada pada dirinya.Kegagalan untuk mencapai keseimbangan inilah yang akan menyebabkan stress.


Stress boleh dilihat secara positif atau dikenali dengan nama eustress. Dalam percintaan stress positif lazimnya akan merangsang perasaan kasih sayang yang lebih mendalam dan membina ikatan perhubungan yang lebih kukuh. Ini kerana eustress boleh dianggap sebagai cabaran dan dugaan yang menguji kekuatan kasih antara dua insan.


Namun demikian stress negatif atau distress juga sering wujud menyebabkan pasangan mula berkonflik dan secara tidak langsung menghakis tenaga dan perasaan cinta yang ada antara satu sama lain. Distress ini boleh memisahkan pasangan sekiranya langkah-langkah yang sepatutnya tidak diambil untuk memperbaiki hubungan tersebut.

27 May 2009

YA atau TIDAK



Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita mempertimbangkan sesuatu perkara sebagai benar (YA) atau sebaliknya (TIDAK) berdasarkan pengalaman sedia ada. Kelaziman ini akan menyekat kita daripada berfikir lebih lanjut untuk mendapatkan idea-idea baru.

Dengan memperkenalkan satu konsep baru iaitu ‘PO’, kita dapat melangkaui kebiasaan iaitu membuat pertimbangan atau keputusan dengan cepat ke atas sesuatu perkara. Dengan menggunakan pernyataan ‘PO’ semasa berfikir, memberikan kefahaman kepada orang lain bahawa kita bersedia untuk memikirkan sesuatu perkara dengan lebih lanjut.

Lakaran yang dipamerkan di atas menunjukkan ‘YES’ dan ‘NO’ sebagai kotak yang stabil. ‘PO’ berada dalam sebuah bulatan yang menggambarkan kreativiti, iaitu berkenaan dengan ‘pergerakan’ bukannya ‘kestabilan’. Pernyataan ‘PO’ terbit daripada “poetry”, “suppose” dan “hypotesis”.

Sesuatu perkara atau idea yang luar biasa, tentunya tidak dapat diterima oleh pemikiran kita tetapi kita tidak menolak idea itu sepenuhnya, Sebaliknya kita bolehlah melihat idea itu secara kreatif sebelum membuat sesuatu keputusan untuk menerima atau menolak idea itu. Melalui konsep ‘PO’, sesuatu idea yang luar biasa itu dijadikan sebagai batu loncatan untuk merangsang kita berfikir sehingga suatu idea baru yang lebih baik dapat dicetuskan daripada idea asal yang luar biasa itu.

Perkara penting yang haruskan ditekankan ialah ‘PO’ digunakan dengan sengaja untuk menunjukkan seseorang itu melakukan operasi di luar sistem pertimbangannya yang biasa sepertimana yang berlaku dalam jenaka, puisi dan hipotesis.


Contoh A : Satu masalah yang kerap melanda negara kita ialah masalah jerebu yang berpunca daripada kebakaran hutan di negara jiran.

Provokasi untuk situasi ini ialah:
PO – Negara yang terlibat dengan kebakaran hutan mesti menyekat pergerakan asap dari merentasi ruang udara negara jirannya.

Jika diamati, pernyataan ini tidak logik tetapi jika difikirkan dengan lebih lanjut dan mendalam, idea ini dapat mencetuskan beberapa idea yang berupaya menyelesaikan masalah ini. Daripada provokasi ini, kita boleh mencadangkan idea tentang penciptaan teknologi yang dapat mengubah arah angin ataupun mencipta bahan semburan yang akan menyebabkan asap terlalu berat untuk bergerak.

Petikan dari KEMAHIRAN BERFIKIR

25 May 2009

SEMBILAN SEBAB HATI TAK BAHAGIA

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

1- PEMARAH
Pemarah Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.
2-PENDENDAM
Pendendam Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3-HASAD
Hasad dengki Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4- BAKHIL
Bakhil Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
5.TAMAK
Tamak Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6.TIDAK SABAR
Sabar adalah segala-galanya, amannya dunia kerana ada sabar, Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apa akan berlaku pada dunia ini sabarlah.
7- EGO
Ego Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.
8-RIAK
Riak Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.
9-CINTA DUNIA
Cinta Dunia Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara totalnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain lainnya, tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak bahagia. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
dipetik dari halaqah.

24 May 2009

KEAJAIBAN DAN KEKUASAAN KEJADIAN ALLAH KEPADA MAKHLUKNYA

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa hadapan kita.
Kita dilahirkan dengan sepasang telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengar semuanya dari dua buah sisi. bertujuan mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yg benar dan mana yang salah.
Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita sehingga tidak perlu peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. kerana tidak ada seorang pun yg dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. dan apa yg anda fikirkan jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.
Kita diberi satu mulut dan mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut boleh menyakiti, boleh membunuh, boleh menggoda, dan banyak hal lain yang tidak menyenangkan. maka ingatlah berkata sesedikit mungkin tetapi lihat dan dengarlah sebanyak-bayaknya.
Kita lahir hanya dengan satu hati jauh di dalam diri. mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yg paling dalam. belajar utk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tetapi jangan pernah mengharapkan org lain utk mencintai kita seperti kita mencintai dia. berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yg jauh lebih indah.